Online Now

Monday, 25 May 2015

Sijil HALAL Secret Recipe Di TARIK BALIK.- JAKIM


Agak terkejut bila ternampak status seseorang dalam FB mengenai sijil halal kek kegemaran ramai #Secret Recipe ditarik balik. Untuk rasa lebih puas hati, saya pun cek dekat Direktori Halal #JAKIM. Memang sahla ditarik balik. Tapi atas sebab apa tak tahu pula.

Jadi buat masa sekarang ni, kita  berhenti dulu makan kek #Secret Recipe ek.

link direktori halal jakim ::::
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia


(Brigade Gurkha) Suku di Nepal yang gemar berperang


#Gurkha merupakan sebuah suku, dan mereka dikenal dengan reputasinya yang menakutkan yakni suka berperang. Ada 2 suku di #Nepal yang dikenal masyarakat luas, yaitu #Sherpa yang dikenal sebagai suku pendaki / pemandu di Himalaya, satu lagi #Gurkha, yang gemar berperang.

Semasa zaman #kolonial sewaktu terjadi Perang di Nepal, Inggris begitu terkesan atas kegigihan dari pasukan Gurkha kemudian merekrut mereka bekerja untuk East India Company di India dan British Army.

Suku Gurkha sangat terkenal dengan kemampuan berperangnya yang alamiah, #agresif di medan pertempuran, tidak takut mati, loyalitas yang tinggi, tahan dalam berbagai medan, fisik yang kuat dan pekerja keras. Sehingga Gurkha begitu disegani oleh kawan, ditakuti oleh lawan.

Semula mereka menjadi tentara bayaran (mercenaries) namun akhirnya masuk dalam jajaran British Army yang digaji layaknya tentara Inggris sendiri atau legiun asing pada umumnya. Mereka mempunyai unit sendiri dengan nama #Brigade of Gurkha sebagai salah satu bagian dari jajaran top angkatan bersenjata Inggris.

Dibentuk sejak tahun 1815, Pasukan Gurkha telah terlibat dalam berbagai medan pertempuran bersama Inggris. Ketika berkecamuk PD I sebanyak 100.000 #prajurit Gurkha masuk dalam Brigade of Gurkha.

Mereka ikut bertempur di medan perang Perancis, Mesopotamia, Persia, Mesir, Gallipoli, Palestina dan Salonika. Mereka mendapatkan 2 penghargaan bergengsi Victoria Crosses.

Khukri adalah sejenis pisau yang berbentuk unik sedikit melengkung mengarah ke depan. Di disain khusus sedemikian rupa, sehingga dapat menebas leher dengan sekali babatan bersih. Cerita unik mengenai senjata ini adalah, sekali khukri dihunus dari sarangnya pantang tidak meminum darah. Itulah sebabnya tentara Gurkha ketika sehabis mengasah / membersihkan khukri selalu mengiris jari tangannya.

Karena loyalitas dan kemampuan tempurnya yang tinggi itulah, maka saat ini bukan hanya Inggris yang merekrut suku Gurkha dalam jajaran pasukannya. Singapura, India, Malaysia, Brunei, Hongkong tercatat memakai Gurkha dalam kesatuan angkatan bersenjata mereka. Bahkan suku Gurkha ini juga di rekrut sebagai Special Force Penjaga Sultan Brunei.

(Gambar) Sinar X Tangkap Benda Aneh di Perut Haiwan Ini


New Jersey – #Banyak kasus benda asing dalam tubuh manusia yang tak bisa dijelaskan secara ilmiah di Indonesia. Tapi apa yang terjadi pada hewan-hewan peliharaan ini justru sebaliknya. Si hewan peliharaan dengan sengaja menelan benda-benda aneh ini. Namun demikian, diduga ini terjadi karena rasa penasaran mereka. Mereka tidak tahu dampak apa yang akan terjadi.

Dilaporkan laman Metro.co.uk, Senin, 30 September 2013, sebuah acara tahunan bertajuk They Ate What? yang digelar oleh America’s Veterinary Practice News menunjukkan beberapa benda paling aneh yang ditelan oleh hewan peliharaan.

Salah satu hewan peliharaan itu bernama #Yoda. Anjing berjenis Pit Bull ini menelan sebatang kayu pemukuldengan panjang mencapai 35 sentimeter. Sebelumnya, ia terlebih dulu menelan sebuah bola. Lewat penggambaran sinar X, terlihat bola bulat itu sudah berada di ujung pencernaannya dan siap keluar.

Tidak hanya itu, ada pula seekor #anjing kampung yang dibawa ke dokter hewan karena si anjing menelan stik pengontrol permainan PlayStation. Yang lebih menyakitkan adalah seekor anjing yang menelan pisau makan.

Si pemilik umumnya tidak menyadari kelakuan hewan peliharaan mereka sebelum akhirnya benda-benda aneh itu mengganggu si hewan. Seperti, misalnya, seekor #anjing yang memiliki benjolan di bagian perutnya. Si pemilik khawatir, itu adalah sebuah tumor. Setelah diperiksa ke dokter dan melakukan pindai sinar X, ternyata itu adalah70 pita rambut.

Tentunya hal-hal seperti ini membuat hewan peliharaan harus menjalani operasi yang menyakitkan. Benda-benda yang tertangkap sinar X itu pun berhasil dikeluarkan dari tubuh mereka. Sumber

Wow !!! Nabil Ahmad Kini Jadi Abang Sado


Pelawak dan pengacara #Nabil Ahmad kini sudah aktif untuk mendapatkan badan sado demi kerjaya seninya.

Ahmad #Nabil Ahmad, berkata, buat masa ini beliau belum memuat naik sebarang gambar mempamerkan badan sasanya sebaliknya membiarkan sesetengah pihak tertanya-tanya dengan bentuk fizikal terbaharunya.

"Saya tidak bermaksud untuk menayang badan di Instagram dan memang saya tidak memuat naik sebarang gambar tidak berbaju pun".

"Jurulatih saya, #Cash yang memuat naik gambar itu setelah kami selesai sesi bersenam baru-baru ini. Setiap pihak mempunyai alasan mereka tersendiri menayang badan, bagi saya pula membina badan ini bertujuan untuk strategi perniagaan"..

Beliau kini menjalani diet sihat dan bersenam 2 kali sehari bermula pada Februari lalu. Malah beliau turut mendapat inspirasi membuka kelas tarian zumba dan yoga dalam jangka masa terdekat.

"Saya mendapat inspirasi untuk membuka kelas yoga dan zumba ketika sedang bersenam di gimnasium yang mana ketika itu ada beberapa wanita duduk menemankan teman lelaki mereka.

"Pada pendapat saya, mengapa tidak membuka sebuah kelas tarian khas untuk wanita yang ingin menemankan teman lelaki mereka. Jadi mereka tidaklah membuang masa begitu saja," kata Nabil.

Nabil mempunyai perancangan untuk menyewa ruang kosong di gimnasium yang terletak berdekatan kawasan Sri Pentas, Bandar Utama dalam masa terdekat ini.

(WANITA WAJIB BACA) Kenali Bahaya KENTUT RAHIM Yang Ramai Tidak Pernah Ambik Peduli !!!!


Dh nama kentut…mesti berkait rapat dengan #ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur? Kerana….


Angin ini datangnya dari rahim....

Sy pilih aturcara #LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang....

1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin;...

2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas????

3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu....

4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk “bernafas”.

Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini....

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri....

Ok….sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj....

#Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat....

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair....

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound “cepat2lah sikit habisnya bang. Sy dh x larat dh ni...”

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya....

Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya….yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye…bukan guli…....

Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus...

Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya…kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye....

Jgn ambil mudah.... Ini maruah kita....!!!


KREDIT NUDARA....

(Wajib Tahu) Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?


jangan tak tau..ade juga mereka yang jarang menyelitkan aktiviti baca quran dalam diari harian..dengan pelbagai alasan..alasan tak faham maksud ni pon memang #femes laa kan..oleh itu..meh kite baca sesama..moga dapat dapat menjadi pengajaran dan menjadi iktibar pada kita..=)

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca #Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca #Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca #Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca #Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca #Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’~

Dajjal Menanti Ketika Surutnya Tasik Galilee


Berdasarkan Sahih Muslim, terdapat sebuah kisah sahabat #Rasulullah SAW bernama #Tamim Ad-Dari yang berlayar bersama kumpulannya sebelum tersesat dan terdampar di sebuah pulau.

Sebaik tiba di pulau asing itu, #Tamim dan sahabatnya terjumpa sebuah gua. Sebaik memasuki gua tersebut, mereka bertemu sejenis makhluk gergasi yang sedang dirantai kaki dan tangannya.

Tamim dan para sahabatnya lantas bersoal jawab dengan makhluk gergasi tersebut yang masih terbaring. Makhluk gergasi itu bertanya #Tamim adakah Tasik Tiberia masih dipenuhi air?

Jawab Tamim dan sahabatnya, "Ya, masih dipenuhi air."

Lantas makhluk itu menjawab, "Tidak lama lagi airnya akan kering."

Pada akhir soal jawab itu, makhluk gergasi itu memperkenalkan dirinya kepada Tamim, "Akulah Dajjal!"

#Dajjal memberitahu dia akan keluar dari gua persembunyian setelah tiba masanya kelak apabila tasik itu kering kontang.

Ya, Tasik Tiberia yang dinyatakan dalam kisah ini sebenarnya merujuk kepada Tasik Galilee berdekatan #Bukit Golan, yang terletak dalam wilayah Israel.

Keluasan tasik itu terbentang sehingga 166 kilometer manakala kedalamannya pula mencecah sehingga 42 meter. Pada paras 209 meter di bawah paras laut, ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan merupakan kawasan terendah di muka bumi ini.

Kerana keistimewaan itulah, sejak zaman berzaman, tasik ini sering menjadi rebutan. Akhirnya, usaha kaum Yahudi sejak sekian lama untuk merebut tasik ini dari genggaman orang Islam, berjaya.

Sebenarnya, kisah keringnya air tasik ini sudah dinyatakan sejak sekian dahulu. Dan kini, fenomena itu sudah mula berlaku. Malah, kisah pengeringan Tasik Galilee juga ada disebut dalam hadis yang mengaitkan tentang Yakjuj dan Makjuj.

Saat akan tiba keringnya Tasik Galilee, petanda bermulalah era Dajjal laknatullah. Ketika itu juga bermakna disusuli dengan kedatangan Nabi Isa dan Imam Mahadi sebagai penyelamat akhir zaman.

Kita tidak perlu bertelagah dalam soal ini. Saatnya pasti akan tiba. Cuma, perhatikan saja paras air Tasik Galilee dari masa ke semasa.

Sejak tahun 2000, paras airnya turun dengan pantas. Malah terdapat beberapa kawasan yang satu ketika dahulu dipenuhi air, kini telah mula kering kontang dan ditumbuhi rumput dan semak samun.

Sewaktu airnya kering sehingga ke dasarnya, sudah pasti perkhabaran besar seperti yang disebut Allah dan Rasulullah tentang ketibaan Dajjal pasti akan berlaku.

Sabda Rasulullah SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak penciptaan Adam yang melebihi fitnah Dajjal. Dan bahawasanya, tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir. Ingatlah, tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti akan datang di kalangan kamu." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Jadi, adakah kita hanya sekadar merenung paras air di tasik ini yang kian pantas tahap pengeringannya?

Atau, kita hendaklah beribadat sebanyak-banyaknya sebelum tibanya Dajjal dan kemusnahan hari Kiamat!


Sumber : http://www.sentiasapanas.com

(Wajib Tahu) 10 Jenis SOLAT yang TIDAK Diterima ALLAH


#Rasulullah S.A.W bersabda: “Islam dibangun di atas lima hal; bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat….” (HR Bukhari dan Muslim).


Seorang Muslim tentu sudah faham dan hadham bahawa solat merupakan tiang agama. Seperti dalam hadith baginda S.A.W, “Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan agamanya, barangsiapa meruntuhkan #solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Oleh sebab itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah #Allah Ta’ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam untuk mendirikan solat. Mulailah kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allah Ta’ala dan begitu khusyu’ menikmati solat sehinggalah imam mengucapkan salam.

Imam #Hasan al-Bashri rahimahullah pernah mengatakan: “Wahai, anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat”.

Dalam kesempatan lain, Rasulullah S.A.W juga bersabda: “Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim).
Kemudian Rasulullah S.A.W juga bersabda bahawa: “10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Lelaki yang melarikan diri.
5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan munkar.”


Sabda Rasulullah S.A.W, “Barangsiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari-NYA.” Saidina Hassan R.A berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Maka marilah kita sama-sama perbaiki solat kita kerana soalan pertama oleh Allah S.W.T di padang mahsyar kelak ialah tentang solat. Solat ini juga boleh menjadikan kita seorang yang berdisiplin dengan mengerjakan solat pada awal waktu dan secara berjemaah. Semoga apa yang penulis kongsikan ini dapat menjadikan kita bukan sahaja seorang muslim tetapi juga seorang mukmin dan muhsin yang mendapat keredhaan disisi-Nya. In shaa Allah…

Sumber : Islampos

Viral: Baju Peserta One Silat ala Power Rangers Teruk dikritik di media Sosial


#SILAT adalah warisan pertahanan diri yang mewakili bangsa #Melayu sejak sekian lama.

Selain langkah pencak yang unik dan berseni, sinonim dengan silat adalah persalinan hitam lengkap beserta tanjak persis pendekar dahulu kala.

Maka apabila sekeping gambar didakwa persalinan dipakai peserta #Kejohanan One Silat bertebaran di media sosial, ramai yang terkedu seketika.

Bukannya apa, persalinan untuk kejohanan yang turut disertai jaguh beladiri dari luar negara itu bukan sahaja kontra abis dengan pakaian biasa dipakai pesilat selama ini malah disifatkan sesetengah pihak menyerupai sut #Power Rangers.

Ada yang lebih celupar pula berkata, kalau beginilah pakaiannya maka ia seolah-olah pertandingan menunjuk “aset” siapa lebih besar berbanding mempamerkan skil silat.

Tak kurang juga, mengecam pakaian ini terlalu g@yish dan #K-Pop.

Kami juga rasa persalinan ini lebih sesuai untuk atlet gimrama berbanding pesilat.. betul tak? – MYNEWSHUB.

Upacara Taksub MLM Cium Duit Dikhiatiri Menyimpang


Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan peserta menghidu wang ringgit dalam satu seminar dikatakan Multi-Level-Marketing atau lebih dikenali sebagai #MLM. Ekoran itu, upacara tersebut telah menjadi bahan ejekan #Netizen yang mengatakan perbuatan itu tidak masuk akal dan ada juga yang mendakwa upacara itu seakan menyebah duit dan dikhuatiri boleh memesongkan #akidah.




Namun, menurut komen seorang peserta #seminar itu serta beberapa komen individu yang menyokong seminar tersebut mengatakan bahawa seminar itu bukanlah #MLM namun seminar untuk mendapatkan motivasi dan #aura agar mereka mencapai kemahuan yang diinginkan.




Memang tidak dinafikan, dalam perniagaan berbentuk #MLM ramai individu telah berjaya memperoleh kekayaan yang diinginkan. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang telah menjadi mangsa penipuan dan sebab itulah masyarakat memandang sini terhadap perniagaan #MLM ini.

Popular Posts