Online Now

Monday, 25 May 2015

Filled Under:

Upacara Taksub MLM Cium Duit Dikhiatiri Menyimpang


Beberapa keping gambar tersebar menunjukkan peserta menghidu wang ringgit dalam satu seminar dikatakan Multi-Level-Marketing atau lebih dikenali sebagai #MLM. Ekoran itu, upacara tersebut telah menjadi bahan ejekan #Netizen yang mengatakan perbuatan itu tidak masuk akal dan ada juga yang mendakwa upacara itu seakan menyebah duit dan dikhuatiri boleh memesongkan #akidah.




Namun, menurut komen seorang peserta #seminar itu serta beberapa komen individu yang menyokong seminar tersebut mengatakan bahawa seminar itu bukanlah #MLM namun seminar untuk mendapatkan motivasi dan #aura agar mereka mencapai kemahuan yang diinginkan.




Memang tidak dinafikan, dalam perniagaan berbentuk #MLM ramai individu telah berjaya memperoleh kekayaan yang diinginkan. Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang telah menjadi mangsa penipuan dan sebab itulah masyarakat memandang sini terhadap perniagaan #MLM ini.